Friday, May 18, 2012

Set B : Penyusuan




2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :

(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster. 
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.

(2) Konsep "demand vs supply" dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah "pembantu" kepada proses "demand vs supply" ini.

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.

Lumrah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, pasti akan mencari jalan untuk menambah susu. Pelbagai cara dilakukan demi si manja tersayang, ada yang mengamalkan secara semula jadi, ada juga yang sanggup mengambil pil-pil hormon (walaupun tidak betul-betul memerlukan) semata-mata untuk memperbanyakkan susu badan.
Adakalanya pilihan yang diambil tidak begitu menjadi (seperti yang di dambakan), dan si ibu akan semakin stress dan tanpa disedari, stress juga merupakan salah satu faktor mengurangkan pengeluaran susu ibu. Lantas si ibu beralih arah untuk mengambil produk yang lain pula, sedangkan produk yang sedang di ambil belum pun sampai seminggu usianya.

Apa beza set penyusuan Shaklee dengan yang dah tersedia ada di pasaran?

Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan, supaya tak adalah tercari-cari “Apa supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi?” atau “Apa pil penambah susu terbaik?”. Jadi, kita cuma sebut set breastfeeding, satu set dah tersedia.

Set B ini mengandungi 3 vitamin asas, dan 1 vitamin yang bertindak sebagai penggalak susu.


Vita-Lea Iron fortified (multivitamin) : 
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B-Complex : 
Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin-C : 
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa : 
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

**Jika anda ada budjet lebih, anda boleh cuba;

Energizing Soy Protein (ESP) : 
Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.

Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.

Performance Drink : 
Memberi & kekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.

Oste-Matrix : 
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

NutriFeron :
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah NutriFeron (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini. 

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

1. Minum sekurang-kurangnya 3Liter air sehari
2. Kosongkan payudara 3 jam sekali (direct feeding/ pumping)
3. Doa & tawakal

Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya…Makan hari ini, esok susu terus jadi 20oz! Makanan tambahan semulajadi (natural supplements) bertindak begitu lembut dan selesa dengan tubuh kita.
Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas!!!

sumber : genkimomma.net


sebarang entry di sini hendaklah di kreditkan pada
http://5nutrisikehidupan.blogspot.com/
sebarang pertanyaan  emailkan ke 5knutrisi@gmail.com @ di FB kami di http://www.facebook.com/pages/Sihat-dan-menawan/405739352794353?ref=tn_tnmn

terima kasih

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila fahami supplement Shaklee adalah makanan tambahan, bukan makanan utama, bermakna tabiat pemakanan sihat harus dijaga.

Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. 

Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

Kami bukan doktor. Hanya sekadar  memberi  info dan berkongsi pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain sebagai salah satu cara untuk membantu diri anda menjaga kesihatan.

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mengalami sebarang kemorosotan tubuh badan apabila mengamalkan supplement ini.

 Sila rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya jika anda mempunyai sebarang penyakit kronik.

Untuk ingatan pada diri sendiri dan rakan semua...

“Sihat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seseorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang di anugerahkan kepada kita di atas muka bumi ini. Di samping berusaha kita mestilah ingat kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengasihani.”

No comments:

Post a Comment